Panduan Reka Bentuk Perkhidmatan Digital Kerajaan (Service Design) merupakan dokumen utama yang digunakan sebagai rujukan kepada agensi kerajaan sebelum membangun dan menaik taraf perkhidmatan digital. Panduan ini membolehkan perkhidmatan dibangunkan secara seragam dan bersepadu mengikut konsep Whole of Government bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan.
Service Design seiring dengan pendekatan Digital First yang mengutamakan pengalaman pelanggan (Customer Experience) mengikut empat (4) kumpulan sasar iaitu Kerajaan kepada Kerajaan (G2G), Kerajaan kepada Rakyat (G2C), Kerajaan kepada Perniagaan (G2B) dan Kerajaan kepada Pekerja (G2E).
Service Design mengandungi Tiga (3) Komponen utama iaitu Prinsip Reka Bentuk, Reka Bentuk Perkhidmatan dan Arkitektur Perkhidmatan. Bagi memastikan pembangunan perkhidmatan digital kerajaan menepati keperluan utama rakyat dan menepati standard yang ditetapkan, agensi disarankan untuk sentiasa merujuk dokumen ini secara berterusan. Sebarang komen yang berkaitan bagi peningkatan dokumen dan kandungan Service Design digalakkan.
Service Design merupakan living document yang sentiasa akan dikemaskini secara terbuka bergantung kepada keperluan dari semasa ke semasa. TIGA (3) Komponen utama ialah:
Bagi memastikan pembangunan perkhidmatan digital kerajaan menepati keperluan utama rakyat dan menepati standard yang ditetapkan, agensi disarankan untuk sentiasa merujuk dokumen Service Design secara berterusan. Sebarang komen yang berkaitan bagi peningkatan dokumen dan kandungan ini digalakkan.